Friday, January 28, 2011

Testing 123

Menulis blog ni hanya sekadar suka2. Bukan apa, selalu tak sempat nak on laptop especially sejak Khir dah masuk Std 1. Sekolah pagi & petang...yg penat ialah mamanya coz asyik terkejar ke sana ke mari...macam2 hal. Sara pulak baru 6 tahun...tahan lagi le coz sekolah tadika.

Minat menjahit ni mula sejak dari sekolah rendah lagi. Tapi masa dulu2, mak tak bagi main mesin jahit...mana taknya jari ni dah berapa kali tersepit kat bawah mesin jahit....almaklum sajalah mesen jahit manual, yang pakai kaki tu. Tu belum lagi kira berapa kali jari berdarah dicucuk jarum mesin jahit. Tembus tu.... Fikir2 balik, nakal gak aku kecik2 dulu....mmm budak2, semuanya nak dicuba.

Dulu, sebelum ada anak saya bekerja. Tapi sejak mengandungkan Khir, alahannya teruk le pulak. At last, berhenti kerja & beri tumpuan pada rumahtangga shj. Memang le rasa rugi coz dah belajar sampai ke U tp at last office kat dapur je. Mujur le mak abah bagi sokongan padu...Tima kasih mama & abah.... Yg bestnya, dua2 anak susu badan <tak pernah beli susu tepung baby yg mahal>, tak perlukan bibik <memang susah nak dapat bibik yg sekepala dgn kita>.

Sejak anak dah sekolah, teringat nak kerja balik...tapi dah tak de hati nak kerja spt dulu2. Entah ingat lagi ke tak ilmu yg dibelajar kat U dulu. Dah x minat dah.... Masa anak2 kecik2 dulu, adalah belajar menjahit baju kurung tradisional. Gendong anak 2 org nak pergi kelas. Mujur le cikgunya baik hati. Sejak pandai jahit baju kurung, dah tak risau lagi kalau beli kain lambat masa nak raya. Jahit sendiri..memang berbaloi. Baju  kurung mak, abah, suami & anak2 semua jahit sendiri <kalau yang lelaki tu buat baju melayu teluk belanga je>. Kalau ada masa lapang baru ambil tempahan jahit baju kawan2 dan jiran2. Upah yang paling murah dalam pasaran semasa. Malas nak kira sgt, coz ilmu yg dapat tu dari Allah....

Saya sekarang ni minat sangat jahit baju budak perempuan. Nak asuh anak pakai pakaian menutup aurat. Baju tangan panjang memang le banyak kat pasaran sekarang ni, tapi harganya aduhai, punya le mahal. Mengalahkan harga baju mak pulak. At last surf kat internet, kebanyakan yg dari oversea. Banyak baju yg senang nak dibuat. So buat sendiri je lah. Cantik tak cantik tu lain cerita. Tapi alhamdulillah, Sara & Khir suka pakai baju yg saya buat. Untuk Khir saya buat baju kemeja je, tu pun saya tiru dari kemeja beli. Mulanya x cantik tapi lama2 dah ok. Kain2 saya suka beli kat Nagoya....my fav place. Harga berpatutan.